Tuesday 28 April 2015

Hari Ke2 di MH HKL - 8Apr2015 Mengharap Utk Pulang...

24jam di HKL, hari meronta utk pulang. Adehhh... Mana la doc ni??? Seingat aku, smlm doc bgtau jika Fetal Movement resolved & bayi berpusing kpd kedudukan normal... Ada harapan utk aku blk rumah! Erm...


Smlm kedudukan nya seperti gambar di atas sebelah kiri. Pohon doa agar keadaan hari ini seperti gambar di bwh. Namun, harapan hanya tinggal harapan. Dari hari pertama sehingga hari ke9 (15/4/15), bayi dlm kandungan hanya bergerak sekitar gambar pertama & ke2 di barisan atas. Wpun Fetal Movement kembali normal, aku tetap berada di sini atas nasihat doc.

Sementara itu, Widad ke sekolah seperti biasa & pulang ke taska. Khadijah & Fatima seharian di taska main, belajar, makan, tidur di taska sehingga petang. Menunggu nenek/atok dtg ambil mereka pulang ke rumah atok. Kemudian sambung main sehingga ayah pulang dari ofis. Malam Widad ke kelas ngaji. Dan kemudian mereka ber4 beranak pulang ke rumah. Dan aktiviti ini berterusan sehingga sampai waktunya nanti. In syaa Allah... Ya Allah... Tolong jagakan mereka. Jauhkan mereka dari perkara2 yg tidak di ingini. Amin...

"Khadijah sayang ummi ya. Nanti ummi balik ya. Ummi tido kat mana? Baby dalam perut blom keluar lagi ke?" Itu lah ayat Khadijah setiap kali kami berbual di telefon... Sayu hati mendengar celotehnya!

Dalam masa yg sama... Aku memujuk hati, sabar la... elective czer Date adalah lusa (17/4/15). In syaa Allah... Isnin (20/4/15) aku boleh pulang ke rumah berjumpa anak2 syurga! Namun... Allah knows better! Perancangan Nya adalah yg terbaik utk kita wpun bukan itu yg kita harapkan... Kerana kita sbg hamba Allah hy mampu merancang. Allah yg menentukan...

Doc menasihatkan agar... Bersambung!!!

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...