Thursday 13 April 2017

Perbanyakkan protein sewaktu berpantang

Setiap kali selepas saya bersalin. Pihak hospital, tidak kita doktor atau jururawat. Tidak kira bersalin normal atau pembedahan. Mereka mesti pesan.

"Puan. Nanti balik rumah. Mesti makan banyak protein. Ikan. Ayam. Daging. Telur. Sayur dan bauh jangan lupa. Supaya luka cepat baik. Luka dalam. Luka luar. Ya puan. In syaa allah. Cepat sel-sel baru tumbuh."

Saya tersenyum.

Tapi saya memang suka ikan. Ikan haruan. Ikan merah. Ikan tenggiri. Ikan bawal emas. Tuan suami bakar dengan bawang putih serta pelbagai herba campur.

Memang sedap la kan. Makan panas-panas. Perghhh terangkat. Siapa kata makanan dalam pantang tak sedap? Akak selera aje.

Oh ya. Lobak merah. Lobak putih. Brokoli. Sawi. Pak choy. Dan sebiji epal merah setiap pagi. Wajib dik.

Alhamdulillah. Luka memang cepat sembuh. Badan sihat. Cergas. Bertenaga. Kulit muka pun merah kemerahan. Tidak la pucat lesi. Siap boleh masak sendiri lepas seminggu. Maklum la. Tuan suami dah masuk ofis.

Uols dalam pantang makan apa eh?

#GelombangShaklee
#ProjekPoster
#TofuMofuBofu

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...