Thursday 15 January 2015

UmrahDec14Entry8 - Taman Syurga: Raudhah

Lama saya bercuti menulis tentang pengalaman umrah yg lepas. Maaf ya kerana saya mencari kreativiti terpendam!

Apabila kami di beritahu keesokan harinya kami akan di bawa menziarahi sekitar Masjid Nabawi termasuk Raudhah aka Makam Rasul, aku jadi teruja. Namun hati ku tertanya-tanya samada Rasulullah saw mengenali ku sebagai umatnya ataupun tidak! Ya Allah, berilah aku hati yg tenang utk bertemu dgn kekasih Mu ya Allah...

Bila masanya tiba, kami jemaah lelaki & wanita berpecah haluan. Namun di tengah perjalanan aku sempat memberikan Fatima kepada ayahnya kerana aku rasa pinggang ku agak sakit akibat menggendong nya terlalu lama. Kemudian Widad & Khadijah bersama kami jemaah wanita. Ku rasa perjalanan menuju ke Raudhah agak jauh dr hotel kami dan ia agak sunyi & terpencil...

Jemaah wanita dari Malaysia di ketuai oleh seorg mutawwif wanita agar komunikasi dgn wanita Arab yg menjaga pintu Raudhah menjadi lebih lancar. Setibanya kami berhampiran dgn pintu masuk, kami di arahkan duduk. Aka menunggu giliran secara berkelompok. Kelompok itu dapat ku lihat mengikut dari mana jemaah itu dtg. Kelompok kami terdiri drpd jemaah Malaysia, Indonesia & Singapura. Dan kelompok kami adalah kumpulan yg terakhir sekali utk menunggu giliran. Takpe... Kita sabar. In syaa Allah, kita punya rezeki bertemu dgn Rasulullah!

Ketika duduk menunggu, kami telah bermula memberi salam kepada Rasulullah saw serta sahabat baginda Abu Bakar & Umar! Berulang kali aku menyebutnya termasuk lah utk rakan2 yg mengirim kan salam. Aku harap aku tidak tertinggal kan mana2 nama mereka! Sayu je hati bila menyampaikan salam dengan harapan baginda akan mengenali ku.

Bila giliran kami hampir tiba, sememangnya aku berdoa agar segalanya berjalan lancar & punya ruang serta sedikit masa utk berdoa kerana ia adalah tempat di mana doa mustajab. Widad dan Khadijah ku pegang erat takut terlepas kerana jemaah dari seluruh dunia sgt ramai memenuhi ruang. Keadaan begitu padat & sesak! Namun kemudian Widad di pimpin oleh kakak/makcik ku. Tinggal lah Khadijah bersama aku.

Dalam kesesakan itu, tiba2 Khadijah menjerit... Ummi... Ummi... Cempit... Memang benar Khadijah tersepit di antara jemaah yg ada. Ada jemaah lain menyuruh agar aku menggendongnya utk mengelakkan dia dr lemas. Pada mulanya aku menolak kerana keadaan pinggang yg tidak begitu baik. Namun apabila suara Khadijah semakin kuat & dia mula menangis, ku gendongkan juga anak syurga ini. Aku bersyukur kerana Fatima bersama ayahnya ketika ini. Dalam hati tidak henti2 aku berdoa agar segalanya di permudahkan.

Sebelum aku memulakan solat sunat, ku lihat kakak ipar ku ingin beredar. Lalu ku minta beliau tolong menyelamatkan Khadijah dari terus tersepit & di himpit. Kini aku sendirian di Taman Syurga ini. Yg aku perlu awasi adalah perut besar ku & diri sendiri. Keadaan tolak menolak terus berlaku dan ia tidak sama sekali mematahkan semangat aku. Masa yg singkat ini ku guna kan sebaik mungkin. Wpun terpaksa bersujud di celah2 kaki jemaah yg lain, wpun terpaksa bersujud sambil kepala di pijak2, wpun terpaksa bersujud sambil di langkah2... Namun aku mampu bersujud sehingga ku rasa puas! Puas meminta kepada yg Maha Mengurnia! Puas mengadu kepada yg Maha Mendengar!

Dalam keadaan puas (tapi kaki umpama tidak mahu berganjak), aku terdengar penjaga Raudhah ini memanggil... Hajjah... Hajjah... (Sbg isyarat supaya kami keluar). Dgn hati yg berat, ku pergi jua dgn harapan agar mendapat peluang di hari yg lain. Namun, ini shj lah peluang yg aku perolehi utk umrah ziarah kali ini. Semoga berpeluang lagi d masa akan dtg... In syaa Allah!

Nota kaki: di tanah air, kita punya ruang solat yg luas. Masa yg lebih lama utk berdoa. Dan tiada siapa pun menghalau kita keluar dari masjid. Namun, adakah kita sering merebut peluang itu???


No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...